Makmal Pembelajaran Autisma

Autism Learning Lab

DSMIV-TR

Kriteria diagnostik bagi autisma yang lazim digunakan adalah kriteria diagnostik yang terdapat di dalam Diagnostic and Statistical Manual, Fourth Edition Revised (DSM-IV-TR) terbitan American Psychological Association (APA 2000). Berikut adalah kriteria diagnostik yang disenaraikan:

(I) Sebanyak enam (atau lebih) item daripada (A), (B), dan (C), dengan sekurang-kurangnya dua daripada (A), dan satu masing-masing daripada (B) dan (C):

(A) Kecacatan dalam interaksi sosial, seperti yang dimanifestasikan oleh sekurang-kurangnya dua daripada yang berikut:

1. Kecacatan yang nyata dalam pelbagai tingkah laku bukan lisan seperti renungan mata-ke-mata, ekspresi wajah, postur badan, dan gerak badan untuk mengawal interaksi sosial.

2. Gagal untuk membina hubungan dengan rakan sebaya bersesuaian dengan tahap perkembangan.

3. Kurang berkongsi kegembiraan, minat atau kejayaan dengan orang lain secara spontan (contohnya: kurang mempamerkan, membawa atau menunjukkan objek-objek yang digemari kepada orang lain).

4. Kurang resiprositi sosial dan emosional (contohnya: tidak melibatkan diri secara aktif dalam permainan sosial atau permainan yang mudah, lebih suka aktiviti bersendirian, atau aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang lain hanya sebagai alat atau bantuan “mekanikal”).

(B) Kecacatan dalam komunikasi, seperti yang dimanifestasikan oleh sekurang-kurangya satu daripada yang berikut:

1. Perkembangan pertuturan yang lewat atau langsung tiada (serta tidak mencuba untuk menggunakan komunikasi alternatif seperti gerak isyarat atau mimik muka).

2. Dalam kalangan individu-individu yang mampu bertutur, terdapat kecacatan yang nyata dalam kemampuan mereka untuk memulakan dan meneruskan perbualan dengan orang lain.

3. Penggunaan bahasa yang berulang-ulang dan stereotaip atau pun bahasa yang pelik.

4. Kekurangan yang pelbagai, bermain olok-olok secara spontan atau bermain permainan imitatif yang bersesuaian dengan tahap perkembangan.

(C) Pola tingkah laku, minat dan aktiviti yang terhad dan berulang-ulang, seperti yang dimanifestasikan oleh sekurang-kurangnya satu daripada yang berikut:

1. Obses kepada satu atau lebih minat yang stereotaip dan terhad, memberikan fokus dan tumpuan yang tidak normal.

2. Kepatuhan yang tegar terhadap rutin harian dan ritual-ritualnya.

3. Tabiat aneh yang stereotaip dan berulang-ulang (contohnya: mengepak atau memulaskan tangan atau jari, atau pergerakan tubuh badan yang kompleks).

4. Obses pada bahagian-bahagian tertentu sesuatu objek.

(II) Mengalami kelewatan atau fungsi-fungsi yang abnormal dalam salah satu daripada yang berikut; dengan permulaan sebelum umur 3 tahun:

(A) Interaksi sosial.

(B) Bahasa yang digunakan dalam komunikasi sosial.

(C) Permainan imaginatif atau simbolik.

(III) Gangguan ini dikecualikan untuk Kecelaruan Rett’s atau Childhood Disintegrative Disorder

———————————————————————

(I) A total of six (or more) items from (A), (B), and (C), with at least two from (A), and one each from (B) and (C)

(A) Qualitative impairment in social interaction, as manifested by at least two of the following:

1. Marked impairments in the use of multiple nonverbal behaviors such as eye-to-eye gaze, facial expression, body posture, and gestures to regulate social interaction

2. Failure to develop peer relationships appropriate to developmental level

3. A lack of spontaneous seeking to share enjoyment, interests, or achievements with other people, (e.g., by a lack of showing, bringing, or pointing out objects of interest to other people)

4. Lack of social or emotional reciprocity ( note: in the description, it gives the following as examples: not actively participating in simple social play or games, preferring solitary activities, or involving others in activities only as tools or “mechanical” aids )

(B) Qualitative impairments in communication as manifested by at least one of the following:

1. Delay in, or total lack of, the development of spoken language (not accompanied by an attempt to compensate through alternative modes of communication such as gesture or mime)

2. In individuals with adequate speech, marked impairment in the ability to initiate or sustain a conversation with others

3. Stereotyped and repetitive use of language or idiosyncratic language

4. Lack of varied, spontaneous make-believe play or social imitative play appropriate to developmental level

(C) Restricted repetitive and stereotyped patterns of behavior, interests and activities, as manifested by at least two of the following:

1. Encompassing preoccupation with one or more stereotyped and restricted patterns of interest that is abnormal either in intensity or focus

2. Apparently inflexible adherence to specific, nonfunctional routines or rituals

3. Stereotyped and repetitive motor mannerisms (e.g hand or finger flapping or twisting, or complex whole-body movements)

4. Persistent preoccupation with parts of objects

(II) Delays or abnormal functioning in at least one of the following areas, with onset prior to age 3 years:

(A) social interaction

(B) language as used in social communication

(C) symbolic or imaginative play

(III) The disturbance is not better accounted for by Rett’s Disorder or Childhood Disintegrative Disorder

« Autisma


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: